Proses penghasilan Tauge_kasar

Cara untuk menghasilkan tauge kasar sama sahaja seperti penghasilan tauge iaitu dengan mengalirkan air selama beberapa minit selang beberapa jam sehinggalah tauge boleh dituai. Proses ini perlulah berjalan dalam bilik gelap agar tauge yang dihasilkan berkualiti. Kebanyakan kaedah penghasilan tauge kasar dikuasai oleh orang-orang Korea kerana tauge kasar adalah antara makanan kegemaran mereka.[2]

Penyediaan biji benih

Penghasilan tauge kasar yang berkualiti bermula dengan biji benih yang berkualiti. Hendaklah dipilih biji-biji kacang soya yang elok rupanya dan benda asing dan biji-biji yang rosak dibuang. Kemudian biji-biji hendaklah dibasuh beberapa kali sebelum direndam pula dengan 'clorox' bagi mematikan kuman-kuman yang ada di permukaan biji benih. Setelah itu dibasuh sehingga hilang lebihan 'clorox' dan direndam dalam air selama empat jam untuk pemedapan, penyerapan air oleh biji benih, untuk menggalakan percambahan yang sekata dalam bekas percambahan.[2] Akhir sekali biji-biji tersebut dimasukkan dalam bekas percambahan.